Genap 39 tahun, pengacara Nadia Annuar kongsi foto tidak lagi berhijab

Genap 39 tahun, pengacara Nadia Annuar kongsi foto tidak lagi berhijab

Genap ulang tahun kelahiran ke-39 hari ini, pengacara televisyen Nadia Annuar berkongsi sekeping foto memaparkan dirinya tidak lagi memakai hijab menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Pemilik nama Nadia Shahrul Annuar itu berkata, dia bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan mengakui telah melalui pelbagai perkara dalam tempoh setahun lalu.

β€œAlhamdulillah bertambah setahun lagi. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.
β€œSaya telah melalui banyak perkara tahun ini. Saya telah mendapat beberapa kawan dan musuh baru. Semuanya adalah pengajaran yang boleh diambil.
β€œKeputusan yang perlu dibuat, adalah baik dan ada juga yang buruk tetapi perlu dilakukan,” tulis bekas pengacara program Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini itu.
Sementara itu, Nadia yang juga kakak kepada pelakon Harris Anuar turut mengaku mempunyai kelemahan dalam diri tetapi berharap Allah SWT memberikan kekuatan bagi meneruskan kehidupan seharian.

β€œWalaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri sendiri, saya berharap agar Allah SWT akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan cara yang Dia kehendaki,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut meluahkan rasa terkilan berhubung penampilan terbaru Nadia dengan menyifatkan dia seolah-olah tidak menghargai nikmat dikurniakan oleh-Nya.

Bagaimanapun, ada segelintir individu meninggalkan komen positif dengan mendoakan anak kepada usahawan popular Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton itu kembali menutup aurat pada satu hari nanti.

Moga kita semua sempat taubat

Mungkin awak ingat cantik tanpa hijab? Malangnya tidak

Makin ramai pula tanggal hijab!

Berdasarkan tinjauan di Instagram, difahamkan Nadia mula berkongsi hantaran menampakkan sebahagian rambutnya sejak Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram Nadia Annuar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di FacebookΒ @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*