Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Penyanyi, Shila Amzah dan personaliti TikTok, Ubai disahkan bertunang pada petang ini. Berita gembira tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Ubai (@ubaimz) kira-kira 5.30 petang tadi.

Dalam hantaran tersebut, terdapat satu foto yang memaparkan pasangan sensasi media sosial itu mengenakan pakaian sedondon rona ungu sambil duduk di atas pelamin.

Dalam foto tersebut, kedua-duanya kelihatan tersipu-sipu malu dan Shila menutupnya wajah dengan sejambak bunga.

“Alhamdulillah (emoji cincin),” tulis kapsyen pada foto tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

Berita baik tersebut telah meraih perhatian daripada rakan-rakan selebriti serta pengguna media sosial di Malaysia.

Ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada para warga maya.

Shila pernah muat turut hantaran Instagram dengan kapsyen yang ‘meresahkan’
Sebelum, Malaysia digemparkan dengan hantaran Instagram Shila Amzah yang mencetuskan kebingungan dalam kalangan warga maya.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah (33) telah memuat naik satu gambar bersama Ubai beserta satu kapsyen yang panjang.

Dalam kapsyen tersebut, penyanyi tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah (25) atas hubungan mereka selama lima bulan.

Kapsyen yang sangat panjang itu memberi konotasi bahawa pasangan tersebut mungkin berpisah selepas menjalinkan hubungan mesra selama lima bulan.

Bagaimanapun, Shila telah menafikan hubungannya dengan Ubai telah putus menerusi siaran langsung di Instagram.

Jelasnya, hubungannya bersama personaliti TikTok itu tidak mengalami sebarang masalah, cuma keadaan dirinya yang kurang baik.

“Kesimpulannya kami okey cuma saya sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai). Kesian dekat dia tapi saya tak maksudkan macam tu pun.

“Cuma saya ingin jelaskan bahawa keadaan saya tidak baik bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” katanya.

Penyanyi wanita tersebut turut menjelaskan bahawa perkongsiannya itu hanyalah luahan rasa kasih dan penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima tahun melayari alam percintaan.

Pada Februari lalu, pasangan selebriti itu telah mengumumkan berita mengenai perhubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok.

Difahamkan, Ubai telah menyimpan perasaan terhadap Shila sejak tingkatan satu pada 2011 dan mula mengikuti penyanyi tersebut di Twitter.

Walaupun terdapat perbezaan jarak umur, Shila menjelaskan faktor umur adalah tidak penting kerana dirinya pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia.

Sumber: ubaimz via Instagram

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*