
Vida nafi berpakaian sami, pergi ke kuil demi konten – “Tak masuk akal”
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan seorang wanita berpakaian seperti sami Buddha yang berjalan sambil menyebut lafaz ‘Bismillah’.
Menurut laporan Kosmo!, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menafikan wanita tersebut adalah dirinya selepas segelintir netizen mengatakan wajah kedua-duanya kelihatan mirip.
View this post on Instagram
Vida berkata, dia tidak sama sekali melakukan perbuatan syirik sehingga membabitkan akidah sebagai orang Islam demi sebarang konten di media sosial.
“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.
“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.
“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.
Mengulas lanjut, usahawan berusia 52 tahun itu enggan mengambil peduli soal kecaman daripada kalangan netizen memandangkan dia tidak melakukan perbuatan berkenaan.
“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” ujarnya.
Sementara itu, seorang pengguna TikTok, Azmi Jamaludin ada menceritakan serba sedikit tentang gerangan wanita terbabit yang bernama Bulent Ersoy, iaitu seorang artis beragama Islam berasal dari Turkiye.
LIHAT VIDEO DISINI
Ersoy ketika itu dikatakan sedang bercuti di Nepal dan sengaja mengenakan pakaian seperti sami Buddha sekali gus terdapat individu yang menyembahnya di sebuah kuil.
Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa), Instagram Datuk Seri Vida, TikTok @azmi.jamaludin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian
Be the first to comment