Suami Beri Nafkah RM200 Dan Persoal Kenapa Tak Cukup, Jawapan Isteri Buat Netizen Puas Hati

Suami Beri Nafkah RM200 Dan Persoal Kenapa Tak Cukup, Jawapan Isteri Buat Netizen Puas Hati

Rasanya topik tentang isu rumah tangga sering menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial terutamanya masalah dalaman atau nafkah.

Acap kali kita nampak luahan dan pendedahan tentang suami yang memberikan nafkah tidak mencukupi kepada isteri mereka.

Seperti hantaran di Twitter ini yang menimbulkan pertikaian ramai apabila si suami persoal isterinya adakah duit yang diberikan itu tidak cukup.

Minggu lepas abang bagi 200 kot tak kan tak cukup? Takkan dah habis? Awak beli apa?

Bagaimanapun, cara si isteri membalas suaminya itu membuatkan ramai berpuas hati kerana dia menyenaraikan setiap barang dibeli bersama dengan harganya.

Rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing dan menghentam golongan lelaki yang tidak mengambil tahu tentang perbelanjaan isi rumah.

Seeloknya libatkan diri dalam pembelian dan pergi bersama isteri untuk lebih peka dengan urusan membabitkan wang ringgit.

Malah, ramai yang berkata jumlah nafkah diberikan lelaki itu kepada isterinya terlalu sedikit untuk seminggu apatah lagi dia harapkan ia boleh bertahan lebih daripada tempoh tersebut.

Kredit: Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*