Demi anak2, Puteri Sarah dah berbaik dengan Syamsul, selesa jadi kawan baik

Demi anak2, Puteri Sarah dah berbaik dengan Syamsul, selesa jadi kawan baik

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Megat Kamaruddin telahpun melancarkan buku tentang kehidupannya baru-baru ini bertajuk Terus Melangkah.

Difahamkan, buku tersebut merupakan kisah sebenar yang jarang diketahui umum dan sekali gus menjawab segala persoalan netizen berhubung sesetengah hal yang kerap ditanya berkenaan dirinya.

Dah berbaik dengan Syamsul
Dalam pada itu, Sarah ketika ditemui mengaku bahawa sudah berbaik dengan suaminya, Syamsul Yusof dan lebih selesa menjadi kawan baik dalam membesarkan anak-anak mereka.

Perkara tersebut ketika menjawab soalan berkenaan tindakannya menghadirkan influencer yang juga seorang peguam, Riena Lum sebagai ‘Legal Education Advocate’ bagi menjaga hati semua pihak.

“Perlu ada legal education advocate sebab kita tak naklah tersalah cakap, menyakiti sesiapa. Lagipun sekarang ni Sarah dah berbaik dengan Syamsul, dah bestfriend. Jadi kita taknak lah, tak nak dah,” jawabnya sambil tertawa.

Harap pembaca belajar sesuatu daripada buku yang diterbitkan
Di akhir perkongsian tersebut, pelakon drama Andai Itu takdirnya telah menyuarakan harapan kepda para pembaca diluar sana supaya terhibur dan mendapatkan pelbagai ilmu baru terutamanya buat golongan wanita yang mengalami situasi sama sepertinya sebelum ini.

“Semoga semua terhibur membaca dan semua mendapat kekuatan daripada buku ni dan belajar sesuatu,” jelasnya.

Pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah telah diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan dihadiri oleh penulis buku yang juga merupakan rakat terdekat Sarah iaitu Emi Anvepi dan juga Riena Lum.

Tak hanya itu, ahli keluarga termasuklah ibu dan bapa mentua kepada pelakon berkenaan turut hadir memberikan sokongan dan menjadi antara kekuatan Puteri Sarah dalam melalui pelbagai ujian dalam kehidupannya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*