Nelydia Senrose ‘Terbang’ Ke Luar Negara, Beri Bayangan Sedang Patah Hati – ‘Saya Tidak Ok’

Nelydia Senrose ‘Terbang’ Ke Luar Negara, Beri Bayangan Sedang Patah Hati – ‘Saya Tidak Ok’

Perkongsian terbaharu di Instagram Stories (IG Story) milik pelakon, Nelydia Senrose mencuri perhatian apabila dia memberi bayangan hatinya sedang hancur.

Hati hancur?

Menerusi perkongsian di IG Story, pemilik nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen memuat naik sepotong video pendek berserta ayat yang menyatakan dia ingin menyembuhkan semula hatinya yang telah musnah.

Malah, dia dilihat membawa diri sambil ditemani adik lelakinya menaiki pesawat dan pergi ke luar negara.

Perbaiki semula sebahagian hati saya yang telah hancur.

Sementara itu, menerusi sepotong lagi video yang dikongsikan di entri sama, aktres jelita berusia 28 tahun itu berkata dirinya ketika ini tidak berada dalam keadaan yang baik.

Saya tidak berapa baik, tetapi tidak mengapa.

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Untuk rekod, Nelydia telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohd Hafez Halimi pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.

Sumber: Instagram

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*