
Dua Beradik Mandi Pantai Ditemui Lemas, Orang Awam Cuba Bantu Masih Hilang
Dua kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor hari ini. Allahu, kesiannya..
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku lebih kurang 2.30 petang tadi membabitkan dua beradik iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dan seorang lagi adalah kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun.
Bukan tu jer, terdapat seorang lelaki dewasa berusia 30-an yang cuba untuk menyelamatkan dua beradik itu masih hilang sehingga kini walaupun kedua-dua mangsa telah dijumpai.
Menurut sumber, pada mulanya kanak-kanak lelaki itu dilihat terkapai-kapai ketika mandi di pantai itu sebelum diselamatkan orang awam. Kemudian, mangsa diberi bantuan pernafasan kecemasan, tapi gagal diselamatkan.
Mangsa kedua ditemukan orang awam terapung di laut sekitar 3 petang dan disahkan lemas.
Usaha menyelamat bagi bagi lelaki dewasa itu masih dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang.
Salam takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah atas ujian ini.
Kredit: Harian Metro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian
Be the first to comment