Baru terima ‘result’ SPM, remaja maut dihempap pokok tumbang

Baru terima ‘result’ SPM, remaja maut dihempap pokok tumbang

Sejak awal pagi hari ini, tular beberapa video mengenai kejadian belalai air atau puting beliung di perairan Pulau Pinang sehingga mengakibatkan pokok tumbang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Disebabkan itu, seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun dikenali Muhammad Wafiq Zikry Shah Mohd Farid Amirol Shah berasal dari Kampung Genting, Balik Pulau dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut yang berlaku jam 1.30 pagi sehingga menyebabkan kemalangan dua kereta dan tiga motosikal.

Difahamkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis lalu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam bersama rakan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim menyatakan mangsa adalah cucu saudaranya dan anak sulung daripada dua beradik.

Katanya lagi, mangsa tidak bekerja namun aktif melakukan kegiatan sosial selain sangat dikenali oleh masyarakat di Balik Pulau dengan sikapnya seorang yang ringan tulang dalam membantu orang lain.

“Arwah juga adalah ahli silat Gendang Rebana yang aktif dalam pertunjukan di negeri ini,”katanya.

Sementara itu, rakan arwah Muhammad Wafiq turut berkongsi dan meluahkan rasa sedih kerana kehilangan sahabat di kala susah dan senang bersama menerusi platform TikTok.

“10/6/2023 hilanglah sahabatku lagi seorang. Kami rindu senyuman hang (Wafiy). Rindu sewaktu lepak dulu-dulu dan gelak sama-sama.
“Al-fatihah, salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,”tulisnya.

LIHAT VIDEO DISINI

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terang, Balik Pulau selepas Asar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekadar info, kejadian berlaku dari arah Pusat Bandaraya ke Jambatan Pulau Pinang itu turut menyebabkan kesesakan melebihi lima kilometer berikutan pokok tumbang merentangi jalan.

Saksi orang awam berkata, pokok berkenaan dipercayai tumbang selepas dibadai belalai air dari kawasan pantai sebelum melalui lebuh raya berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

LIHAT VIDEO DISINI

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A’azelan Hassan berkata, terdapat mangsa ialah pemandu Mercedes-Benz dan lima individu yang menaiki Perodua Myvi terdiri daripada tiga wanita termasuk seorang hamil, lelaki dan kanak-kanak.

Selain itu, empat mangsa lagi menaiki tiga motosikal berasingan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita. Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi lelaki patah kaki.

Sumber: TikTok search, @amiriqballl_, Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*