Hebat Lelaki Ini Bina Surau Dengan 12 Ribu Biji Batu Sungai Dengan Tangan Sendiri

Hebat Lelaki Ini Bina Surau Dengan 12 Ribu Biji Batu Sungai Dengan Tangan Sendiri

Cara berdakwah ini pelbagai dan ia tidak hanya melalui lisan sahaja. Bagi seorang pesara tentera, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengajak dan menarik minat orang ramai mendirikan solat lima waktu.

Tidak berkira soal wang ringgit, kudrat dan tenaga, Mejar (B) Mustafa Musa, 58, telah mendirikan sebuah surau unik dengan menggunakan 12 ribu batu sungai yang dikutipnya sendiri.

Surau unik yang dibina menggunakan 12 ribu batu sungai.

SINTOK, 23 April — Pesara tentera Mejar (B) Mustapa Musa, 58, mengukur dinding surau yang hampir siap dibina hanya menggunakan batu sungai di Bukit Kachi hari ini.
Sehingga kini sebanyak 12,000 batu sungai telah digunakan bagi menyiapkan surau yang dibina sejak April tahun lalu.
Mustapa memberi kelainan supaya dapat menarik orang ramai untuk singgah dan solat di situ kerana ia menjanjikan suasana sejuk dan menenangkan.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Katanya, surau yang didirikan atas tanahnya itu menelan kos sebanyak RM25 ribu, dibina dengan titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan. Pemilihan menggunakan batu sungai sebagai dinding surau pula adalah untuk menjadikannya unik selain dapat menarik minat orang ramai singgah menunaikan solat di surau tersebut.

Surau ini dibina Mustafa hasil titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan. Ujarnya lagi, surau tersebut diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, sempena batu yang digunakan membina surau tersebut dikutip dari Bukit Kachi, Sintok, Kedah.

Surau yang siap pada April tahun lalu itu mampu memuatkan sekitar 60 jemaah dan kebanyakan yang singgah bersolat merupakan pekebun dan penoreh dari kawasan sekitar. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

sumber ;bh onlline

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*