Tahniah! Mizz Nina selamat bernikah, adakan majlis secara tertutup

Tahniah! Mizz Nina selamat bernikah, adakan majlis secara tertutup

Selebriti terkenal, Mizz Nina memaklumkan di Instagram yang dia telah selamat bernikah dan menjadi isteri kepada Essam Muhammad.

Majlis pernikahan dibuat secara tertutup
Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik nama sebenar Shazrina binti Azman memaklumkan yang majlis perkahwinan tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Resepsi di KL juga secara tertutup
Ujarnya, jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T ini telah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga memandangkan mereka mempunyai tujuan hidup yang sama.

Tambah selebriti itu lagi, resepsi untuk perkahwinan mereka juga akan diadakan di Kuala Lumpur dan masih lagi dibuat secara tertutup.

Mizz Nina turut berharap perkahwinan ini terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Untuk rekod, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun namun tidak mempunyai zuriat. Akan tetapi, sekitar Mac 2022, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Sumber: Instagram Mizz Nina

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*