Pegawai Tengking Anggota Pangkat Rendah, Buat Kecoh Di Parkir Dah Ditahan Polis

Pegawai Tengking Anggota Pangkat Rendah, Buat Kecoh Di Parkir Dah Ditahan Polis

Baru-baru ini tular di media sosial video rakaman memaparkan seorang pegawai wanita menghina anggota polis berpangkal Lans Koperal secara terbuka di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Dalam video tular, wanita tersebut berkata, anggota berkenaan tak layak menegurnya yang dikatakan berjawatan lebih tinggi.

Pegawai hina anggota polis, gaduh dengan orang awam

Terbaru, wanita ini sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila tular video menunjukkan dia bergaduh mulut dengan orang awam di parkir kereta pusat beli-belah di Brickfields, Kula Lumpur.Mereka dilihat saling merakam di antara satu sama lain dan wanita itu meluahkan kata-kata yang pelik.

LIHAT VIDEO DISINI

Setakat ini, video perkongsian dah mendapat lebih 1 juta tontonan. Pengadu difahamkan telah tampil ke balai polis membuat laporan mengenai kejadian.

Dalam perkembangan lain, Kosmo! melaporkan wanita yang merupakan penjawat awam itu sudah ditahan pada pagi Ahad untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas pihak polis selesai melengkapkan keterangannya.

Kredit: Kosmo! | TikTok

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*