Selepas biasiswa, pelajar 11A SPM dapat tajaan lesen motor & kereta

Selepas biasiswa, pelajar 11A SPM dapat tajaan lesen motor & kereta

Pelajar cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi sekali lagi dilimpahkan rezeki apabila mendapat tajaan bagi mengambil lesen daripada sebuah sekolah memandu di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan.

Menurut laporan Utusan, remaja berusia 18 tahun itu mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah memandu tersebut sudi menanggung perbelanjaan agar dia dapat memiliki lesen kelas D dan B2.

Muhammad Syahril berkata, ia sekali gus memudahkan kehidupan seharian bagi berulang-alik ke sekolah selepas memilih untuk menyambung pelajaran bagi menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Saya sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana kematian ibu yang sakit sejak empat tahun lalu.
“Jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana saya lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu,” katanya ketika ditemui media hari ini.
Sementara itu, pihak sekolah memandu juga memberi sumbangan sebanyak RM1,000 selain memulangkan semula wang yang sudah dibayar Muhammad Syahril sebelum ini.

Difahamkan, dia akan menduduki ujian pemanduan motosikal Rabu ini serta menduduki pembelajaran memandu kereta selama 14 jam lagi.

Sebelum ini, remaja berkenaan menerima biasiswa pengajian daripada Kerajaan Negeri yang disalurkan oleh Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

Terdahulu, kisah Muhammad Syahril mendapat perhatian di media sosial selepas gagal hadir ke sekolah untuk menerima keputusan SPM kerana menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Namun beberapa hari selepas itu, dia terpaksa menerima hakikat bahawa ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail, 53 menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit saraf.

Sumber: Utusan (1) & (2)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*