“Hilang malu2 manja” -Hadiri parti bujang, gelagat Watie & rakan2 jadi perhatian

“Hilang malu2 manja” -Hadiri parti bujang, gelagat Watie & rakan2 jadi perhatian

Majlis pernikahan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah yang bakal berlangsung 23 Jun ini sememangnya dinanti para peminat kerana sudah tidak sabar melihat mereka bergelar pasangan suami isteri.

Menerusi video yang tular di TikTok, Watie dilihat telah dirai oleh rakan-rakannya dengan mengadakan bachelorette party.

Sakan mengilai dengan kawan2
Perkongsian yang dimuat naik semula akaun TikTok dikenali sebagai @astanrxbc8f telah memperlihatkan Watie dan rakan-rakannya bergelak ketawa sambil bergurau di meja makan.

LIHAT VIDEO DISINI

Biasalah kalau dengan kawan2
Walaupun ramai yang berasa perkara tersebut wajar dan tidak berlebihan, namun masih ada yang mengkritik dengan meninggalkan komen negatif menzahirkan rasa kurang senang dengan gelagat Watie dan rakan-rakan.

“Awal minum air gula”

Biasa tengok malu2 dekat TV

Mungkin minum air zamzam kot

Tunjuk bakat menyanyi
Selain dari bergurau senda dan makan bersama rakan-rakan, bakal isteri kepada penyampai radio Suria FM ini turut menunjukkan bakat menyanyi apabila berkaraoke dan terlihat sangat ‘pro’ ketika membawakan lagu penyanyi terkenal, Ziana Zain.

LIHAT VIDEO DISINI

Sesi banding membanding bermula
Seperti biasa, ada sahaja netizen yang tidak senang melihat Watie bernyanyi dan kerap membandingkannya dengan Allahyarham Siti Sarah walaupun sebelum ini Shuib pernah mengatakan yang arwah ada tempat tersendiri di hatinya.

Karakter orang jangan asyik nak dibandingkan

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Mohamad akan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jumaat ini.

Walaupun sepakat tidak akan melangsungkan majlis resepsi, mereka tetap membuat beberapa majlis seperti khatam al-Quran dan malam berinai yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu.

Sumber: TikTok @astanrxbc8f

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*