55 kali tak pernah ‘lupa’ surprise isteri, ramai wanita nak lelaki macam Hafiz Mahamad

55 kali tak pernah ‘lupa’ surprise isteri, ramai wanita nak lelaki macam Hafiz Mahamad

Terkenal dengan sikap romantik dan menghargai isteri, pempengaruh, Hafiz Mahamad sekali lagi berkongsi sepotong video yang memaparkan isterinya, Aina mengalirkan air mata dalam keadaan dirinya sedang bertelekung.

LIHAT VIDEO DISINI

Kejutan kali ke 55 buat isteri…
Video berserta kepsyen yang mengatakan isterinya itu tidak berhenti menangis sejak tengah hari itu adalah disebabkan Hafiz sedang merancang sesuatu bersempena hari lahir isterinya yang bakal tiba.

Menurut Hafiz, itu adalah kejutan yang ke 55 selepas 11 tahun pengenalan mereka. Video yang mendapat 1.9M jumlah tontonan itu menyebabkan ramai dalam kalangan netizen juga tidak sabar untuk nantikan kejutan yang akan dilakukan Hafiz buat isteri tercintanya, Syafiqah Aina.

Apa doa dapat lelaki sebaik Hafiz Mahamad ni?
Di sebalik video tersebut, ramai yang telah memberi komen memuji sikap Hafiz Mahamad yang sentiasa menghargai isterinya dan doa daripada Syafiqah Aina sehingga mendapat suami sehebat dan sebaik Hafiz Mahamad.

Harap-harap wujud lagi lelaki macam Hafiz

‘Wanita lain nangis sebab dicurangi, tapi Aina nangis sebab kebahagiaan.’

Sumber: TikTok (@hafizmahamad)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*