Salam takziah, Rohana Jalil meninggal dunia

Salam takziah, Rohana Jalil meninggal dunia

Penyanyi terkenal era 80-an, Rohana Jalil dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Memetik laporan dari Sinar Harian, allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terdahulu, Rohana Jalil, 68 telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus berada dalam keadaan sangat lemah tetapi stabil.

Dalam pada itu, dia juga sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memandangkan penggunaan mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat.

Media-media juga melaporkan bahawa jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.

Ketika ibu kepada pelakon, Kilafairy berada di hospital, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri turut datang menziarah bagi melihat perkembangan kesihatan Rohana.

Salam takziah buat allahyarham dan semoga ahli keluarga yang ditinggalkan reda dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*