Tolak tawaran masuk universiti sebab ibu bapa susah, Mila Jirin tak menyesal utamakan keluarga

Tolak tawaran masuk universiti sebab ibu bapa susah, Mila Jirin tak menyesal utamakan keluarga

PENYANYI dan usahawan Mila Jiran mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyambung pengajian di sebuah universiti kerana mahu terus bekerja bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapanya ketika itu.

Mila atau Norsyarmila Jirin, 36, berkata, dia juga tidak pernah menunjukkan surat tawaran kepada ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga apatah lagi hidup mereka ketika itu susah.

“Saya tidak tunjuk pun surat tawaran universiti kepada ibu bapa. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) saya memang nak kerja. Ibu bapa saya hidup susah ketika itu dan adik-beradik pun masih bersekolah.

Faktor ekonomi keluarga membuatkan Mila memilih untuk bekerja selepas tamat persekolahan.

“Saya menyaksikan sendiri kesusahan ibu dan ayah. Dalam hati memang saya susah berniat untuk cari duit dan membantu keluarga,” katanya.

Mila berkongsi kisah tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima ini juga percaya perancangan Allah adalah terbaik meskipun ketika itu dia terpaksa memilih jalan yang sukar.

“Ketika menolak tawaran itu ada juga terdetik dalam hati bagaimana saya boleh menjaga keluarga kalau tidak sambung pelajaran.

Allah beri peluang untuk saya berbakti kepada keluarga. Umur 18 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik.
MILA JIRIN
PENYANYI
“Namun dalam hati saya hanya berkata perlu dahulukan keluarga. Itulah yang saya bawa sehingga hari ini. Apa pun yang kita buat perlu utamakan keluarga,” ujarnya.

Mila yang kini juga merupakan seorang usahawan berjaya menjelaskan dia tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.

Mila bersama suami dan anak mereka.

“Allah beri peluang untuk saya berbakti kepada keluarga. Umur 18 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik.

“Saya diberi nikmat untuk berkorban. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan sebelum ini,” jelasnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*