Alphard milik MP PAS potong ‘double line’, alasan nak cepat! Elak daging korban rosak

Alphard milik MP PAS potong ‘double line’, alasan nak cepat! Elak daging korban rosak

Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary sekali lagi tular di media sosial apabila didakwa memotong kereta lain di garisan putih berkembar baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysiakini, kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan menggunakan nombor plat ‘P45’ itu dirakam melanggar peraturan jalan raya kerana memandu secara berbahaya.

Potong ‘double line’ sebab nak cepat?

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Affandi Hussin berkata, siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemandu kepada Ahmad Marzuk.

“Pada 3 Julai kira-kira jam 7 petang telah dikesan satu video di laman sosial Facebook yang telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Abu Zaid Al-Harith.
“Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P45 telah memotong kenderaan lain di garisan berkembar,” katanya.

Affandi berkata, kejadian berlaku pada petang 2 Julai lalu di Kilometer 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu dimana kenderaan itu menuju ke Bangi, Selangor bagi mengagihkan kira-kira 50 kilogram daging korban kepada penduduk.

“Pemandu telah memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar disebabkan ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan daging korban rosak,” ujarnya.
Tambah beliau, pemandu berkenaan telah mengakui kesalahan memandu secara melulu selain akan memberikan keterangan lanjut kepada pihak polis hari ini.

“Polis juga telah mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,” jelasnya lagi.
Terdahulu, kenderaan tersebut dipercayai melakukan kesalahan sama dalam kejadian di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu pada 26 September 2021.

Berdasarkan laporan Kosmo!, kejadian ketika itu membabitkan seorang pemandu berusia 31 tahun yang telah memotong kereta di hadapannya sambil menyalakan double signal disebabkan jalan sesak.

Difahamkan, pemandu berkenaan dalam perjalanan ke rumah Ahmad Marzuk di Pengkalan Chepa untuk membawa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu segera ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali), Facebook Abu Zaid Al-Harith

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*