Bapa bersalah rogol anak kandung, hakim menangis jatuhkan hukuman di mahkamah

Bapa bersalah rogol anak kandung, hakim menangis jatuhkan hukuman di mahkamah

Hakim Mahkamah Sesyen di Muar, Abu Bakar Manat dilihat sebak sebelum menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun serta 30 sebatan terhadap seorang tukang urut yang mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Hakim sedih perbuatan jijik tertuduh
Memetik laporan dari Harian Metro, tertuduh yang berusia 46 tahun telah membuat pengakuan bersalah diatas ketiga-tiga pertuduhan yang dibaca.

“Sebagai ayah, kamu sepatutnya menjadi wira dalam keluarga melindungi anak-anak. Saya sedih mengapa perkara ini boleh berlaku,” luahnya.
Abu Bakar dilihat menitiskan air mata ketika jurubahasa membacakan fakta kes tertuduh di mahkamah di Muar.

Rogol anak kandung sendiri
Difahamkan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun dan kejadian pertama berlaku pada 22 Jun lalu.

Dia telah mengulangi perlakuan jijik sama pada 26 Jun dan kali terakhir terjadi awal bulan ini iaitu pada 3 Julai. Ketiga-tiga kejadian telah berlaku di rumah mereka di Sri Medan, Batu Pahat.

Tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali bagi setiap pertuduhan.

LIHAT VIDEO DISINI

Susulan daripada pengakuan serta mengambil kira pelbagai hal, Abu Bakar telah menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 10 sebatan masing-masing untuk pertuduhan pertama, kedua dan ketiga.

Mahkamah juga telah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak tetapi bagi hukuman sebatan, perlu dijalankan secara berasingan.

Walau bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum dibenarkan mengikut kanun berkenaan.

Tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 8 Julai lalu dan pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira perkembangan terkini kes rogol melibatkan bapa kandung selain mencerminkan kepentingan awam melebihi tertuduh.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), Buletin TV3

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*