Menteri Perdangan Dalam Negeri, Datuk Seri Salahuddin Ayub Disahkan Meninggal Dunia

Menteri Perdangan Dalam Negeri, Datuk Seri Salahuddin Ayub Disahkan Meninggal Dunia

Al-Fatihah. Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub tepat jam 9.23 malam tadi.

Berita sedih ini dikongsi sendiri anak arwah iaitu Fatihah Salahuddin di Facebook.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sejak hari Jumaat dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluahkan rasa sedihnya kehilangan seorang sahabat yang setia dan terkesan dengan pemergian arwah.

Kredit: Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Doa Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*