Cuma anggap kawan, Hafidz Roshdi belum rancang kahwini Athirah Yuhada

Cuma anggap kawan, Hafidz Roshdi belum rancang kahwini Athirah Yuhada

Pelakon, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini sah bercerai talak satu apabila lafaz cerai pada 22 Februari telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi.

Cuma kawan sahaja dengan Athirah
Memetik laporan dari Astro Gempak, Hafidz yang ditemui selepas urusan penceraiannya itu memaklumkan yang dia hanya berkawan sahaja dengan Athirah Yuhada, wanita yang dikatakan menjadi punca dia serta Shuhada berpisah.

Dia juga menafikan pernah memaklumkan akan berkongsi sesuatu berkaitan hubungannya dengan Athirah selepas sah bercerai.

“Saya belum berkahwin lagi. Rileks dulu. Nanti kalau ada saya umumkan.
“Pengakuan untuk dia (Athirah) saya akan buat selepas bercerai. Tiada komen. Itu dibawah perbincangan nanti,” ujarnya.

Tiada sebarang persiapan perkahwinan pun
Dia juga memaklumkan tiada perancangan untuk mengahwini Athirah dalam masa terdekat dan menyatakan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.

Saya tiada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu (perkahwinan). “Saya tidak cakap untuk umumkan sesuatu pun,”
“Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya.

Terdahulu, pelakon drama Mr Donat Karamel itu menyatakan akan memberitahu media berhubung statusnya dengan wanita yang dikatakan menjadi punca masalah rumah tangganya dengan Shuhada ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Jun lalu.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*