
Lucinta Luna Bertunang, Pilih Lelaki ‘Mata Biru’ Sebagai Pasangan
Selebriti Indonesia, Lucinta Luna telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan hatinya, Arten Boltian dalam sebuah majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan di Pullman Private Hotel, Bali.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah menerusi laman Instagram miliknya sehingga berjaya menjadi bualan hangat ramai.
View this post on Instagram
Ingat Allah Lucinta!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan khabar berita tersebut malah, ramai yang meminta Lucinta kembali ke pangkal jalan memandangkan dia adalah seorang lelaki.
Mana tidaknya, tindakannya itu jelas sekali telah melanggar hukum sebagai seorang yang beragama Islam dan berharap dia bertaubat sebelum kematian menjemput.
Ada juga yang ucap tahniah
Bagaimanapun, disebalik kritikan dan kecaman yang dilemparkan, ada segelintir netizen yang menzahirkan ucapan tahniah buat Lucinta dan pasangan atas tali ikatan pertunangan yang sudah berlangsung hari ini.
Sumber: Instagram @Lucinta Luna
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media
Be the first to comment