Undi dulu baru tahu! Rahsia manifesto, Baddrol Bakhtiar ‘dibahan’ netizen

Undi dulu baru tahu! Rahsia manifesto, Baddrol Bakhtiar ‘dibahan’ netizen

Bekas kapten skuad bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar mencuri tumpuan ramai apabila menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Bagaimanapun, tular sebuah video di laman Twitter memaparkan sedutan temubual Baddrol bersama wartawan ketika hari penamaan calon PRN Kedah di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Kedah pada Sabtu lalu.

Difahamkan, bekas tonggak tengah Sabah FC itu enggan mendedahkan manifesto peribadinya dan hanya akan dimaklumkan sekiranya dia memenangi kerusi DUN tersebut.

Rahsia manifesto, undi dulu baru tahu!

“Ya, saya memang ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi apabila kemenangan berpihak kepada saya. Kena undi dulu baru boleh bagitahu.
“Surprise.. memang akan berlaku kejutan la,” jawabnya selepas disoal wartawan tentang manifesto yang dibawakan.

Menurut kefahaman netizen, manifesto atau janji yang ditawarkan perlulah diumumkan sebelum menjelang hari pengundian supaya rakyat dapat menilai sebaik mungkin tentang visi calon dan parti politik yang bertanding.

“Bukannnn, bukann macam tuu. Manifesto kena sebelum waktu mengundi captain (Baddrol), mana boleh sorok-sorok, tak boleh kejutan-kejutan,” tulis @MujahidNagmudin yang memuat naik video tersebut.
Susulan itu, kenyataan Baddrol dilihat menjadi ‘bahan’ gelak ketawa oleh segelintir netizen selain didakwa seolah-olah tiada prinsip dalam perjuangan politik.

Adoi lawak betullah!

Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, bekas pemain bola berusia 35 tahun itu menyifatkan menteri besar sementara Kedah iaitu Muhammad Sanusi Md Nor sebagai idola dan sumber inspirasinya.

“Dia ada perancangan yang luas dan ke hadapan untuk pemuda Kedah dan untuk menaikkan nama negeri ini,” ujarnya pada Sabtu.

LIHAT VIDEO DISINI

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*