
Berucap sambil baca teks, Altimet pertahan Baddrol Bakthiar – “Bagi dia masa”
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Altimet meminta orang ramai memberi masa bagi calon Perikatan Nasional (PN) Gurun, Baddrol Bakthiar yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Pertahan Baddrol berucap sambil baca teks
Dia yang juga penyanyi dan komposer berkata, bekas kapten skuad bola sepak Kedah itu perlu diberikan peluang untuk melatihkan diri bagi meningkatkan kemahiran berucap di khalayak ramai.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman mengulas berhubung kecaman warganet terhadap video tular yang memaparkan Baddrol berucap sambil membaca teks ketika kempen ceramah dalam sebuah majlis.
malangnya depa suka yg begini. 🤣 ceramah pun mcm malas ja. gila babi. 🤣 mmg ruwibidhoh kaw kaw. pic.twitter.com/2HOAcdD5hV
— n🔺mqlinrz (@nmqlinrz) July 31, 2023
“Bagi dia masa. Semua orang mula dalam keadaan kurang mahir. Berucap ni satu skill yang boleh asah dengan berlatih,” tulis Altimet dalam satu ciapan di laman Twitter.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tersebut, bekas tonggak Sabah FC itu bercakap tentang kepimpinan Menteri Besar Kedah iaitu Muhammad Sanusi Md Nor selain menyeru penduduk setempat untuk mengundi PN.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kematangan Altimet dalam perjuangan politik yang tidak memandang rendah kepada calon lain walaupun berbeza parti.
Steady! Tak perkecilkan sesama manusia
Contoh terbaik tak aibkan pihak lawan
Politik matang!
Sumber: Twitter Altimet
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media
Be the first to comment