Buat kenyataan berbaur fitnah, Vincent Tan tuntut Sanusi ganti rugi RM200 juta

Buat kenyataan berbaur fitnah, Vincent Tan tuntut Sanusi ganti rugi RM200 juta

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Noor diberi tempoh sehingga tamat waktu bekerja esok (8 Ogos) untuk membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan.

Diberi tempoh sampai waktu bekerja esok
Bukan itu sahaja, pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad juga dikatakan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta kepada Sanusi.

Memetik laporan Utusan Online, Sanusi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri bakal dikenakan saman sekiranya beliau gagal berbuat demikian seperti mana diperintahkan oleh Vincent Tan atau nama penuhnya Vincent Tan Chee Yioun.

Tuntutan tersebut dibuat melalui surat tuntutan yang dihantar oleh firma guaman yang mewakili ahli perniagaan itu dan syarikat Berjaya Land Berhad, Pere Chuah & Associates pada 4 Ogos lalu.

Buat kenyataan berbaur fitnah
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah dalam program Jelajah Mega PN Best yang berlangsung pada 2 Ogos lalu di Dataran Darulaman Jitra, Kedah.

Difahamkan, antara kenyataan berbaur fitnah dilemparkan adalah menggambarkan Vincent Tan antara lainnya merupakan seorang ahli perniagaan yang korup, kroni kepada bekas Menteri Besar Selagor, Datuk Seri Amirudin Shari serta memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.

“Kenyataan-kenyataan terhadap anak guam kami adalah tidak benar, tidak berasas, rekaan dan diterbitkan dengan niat jahat. Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah ini memberi kesan bukan sahaja kepada anak guam kami tetapi juga kepada perniagaan anak guam kami dan kerajaan Negeri Selangor.
“Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu juga boleh mengheret anak guam kami ke dalam skandal awam, menjejaskan integriti dan reputasi serta menghakis kenyakinan masyarakat terhadap anak guam kami.
“Kenyataan berbaur fitnah yang dibuat tanpa sebarang usaha untuk mengesahkan maklumat secara jelas menunjukkan ia dibuat dengan niat jahat dan bertujuan untuk mencapai publisiti murahan dan ‘political milage’,” menurut surat tuntutan itu.

Mohon maaf & ganti rugi serta tak tabur fitnah lagi
Firma guaman tersebut juga memaklumkan, selain permohonan maaf secara terbuka dan tanpada syarat serta ganti rugi bernilai RM200 juta, Menteri Besar Kedah itu juga dituntut untuk memberikan akujanji bertulis untuk tidak mengulangi kenyataan fitnah terhadap anak guamnya mahupun Berjaya Land.

Sementara itu, Vincent Tan dan Berjaya land menafikan kenyataan yang dibuat oleh Muhammad Sanusi tempoh hari.

Untuk makluman, pada 4 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed dilaporkan berkata, syarikat Berjaya Land mahupun syarikat berkaitannya tidak pernah mendapat atau diberikan tanah seperti didakwa bernilai RM10 bilion.

Sebaliknyam ia adalah melalui usahama (JVCo) antara anak syarikat MBI, Landasan Lumayan Sdn Bhd (45 peratus) dan Berjaya Hartanah Berhad (55 peratus) yang dikenali sebagai Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd (LLBSB).

Ujarnya, pembentukan antara anak-anak syarikat tersebut adalah untuk membersihkan dan membangunkan Sungai Klang.

Katanya lagi, Berjaya Land adalah pihak dikehendaki mengumpulkan dana untuk membayar premium bagi pemindahan hak milik tanah tersebut berdasarkan kadar pasaran.

“Hanya 103.6 ekar tanah yang diluluskan pemilikan oleh kerajaan Selangor kepada JVCo/LLBSB di mana 45 peratus saham di dalam syarikat LLBSB tersebut adalah dipegang dan dimiliki oleh anak syarikat MBI,” katanya.

Syed Ali juga menafikan Berjaya Land mendapatkan tanah 600 ekar itu secara percuma, termasuk dakwaan Selangor kerugian RM180 juta.

Sumber: Utusan (Suwarni Mokhtar)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*