“Haram hukumnya! Beri & terima duit untuk ‘pancing’ undi”- Ustaz Azhar Idrus

“Haram hukumnya! Beri & terima duit untuk ‘pancing’ undi”- Ustaz Azhar Idrus

Baru-baru ini, penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan haram hukumnya bagi individu memberi dan menerima wang untuk mengundi dirinya bagi sesuatu kempen.

Jelas beliau, perbuatan tersebut termasuk dalam kategori rasuah dan ia jelas bertentangan dengan agama Islam.

Orang Islam haram beri dan terima rasuah
Tegas Azhar penceramah berusia 59 tahun, hukum ini digunapakai untuk semua orang dan tiada sesiapa pun terkecuali, baik wakil rakyat, pemimpin parti politik, Perdana Menteri mahu pun raja-raja.

“Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah, semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa, Agong, Sultan, Menteri atau wakil rakyat.
“Kalau sesiapa rasuah, dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan Ustaz, Maulana atau Syeikh kata, ini Nabi yang bagitau,”ujarnya.

Buat solat Istikharah sebelum undi pemimpin
Azhar berkata, adalah terbaik sekiranya setiap individu untuk membuat solat Istikharah terlebih dahulu sebelum mengundi untuk memilih calon wakil rakyat.

Ujarnya, pemimpin yang baik akan susah senang bersama rakyat dan pilihan Allah menerusi Istikharah tidak pernah mengecewakan.

“Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.
“Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat.
“Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim,” tegasnya lagi.

Jadi, setiap orang dinasihatkan untuk membuat keputusan dengan bijak tanpa mudah terpedaya dengan segala janji manis, terutama wang ditaburkan oleh calon bagi memenangi sesuatu kerusi.

Sumber: Kosmo! Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*