Bapa Durjana Rogol Dua Anak Kandung Sampai Mengandung Dipenjara 702 Tahun Dan 234 Sebatan

Bapa Durjana Rogol Dua Anak Kandung Sampai Mengandung Dipenjara 702 Tahun Dan 234 Sebatan

Dipenjara selama 702 tahun dan akan menerima 234 kali sebatan, itulah hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen atas kesalahan seorang bapa yang sanggup merogol dua orang anak kandungnya.

Perbuatan terkutuk pesalah itu didapati dilakukan berulang kali sejak tahun 2017 hingga menyebabkan salah seorang anaknya mengandung 5 minggu.

Apa yang menyedihkan, kedua-dua mangsa ketika itu baru sahaja berumur 12 dan 15 tahun sewaktu jadi mangsa nafsu syaitan bapa sendiri.
Pesalah yang berusia 53 tahun sebelum itu berhadapan dengan 30 pertuduhan di mana 19 membabitkan kejadian rogol dan 11 lagi kes cabul kehormatan.

Mangsa ketika itu adalah kanak-kanak dengan kesalahan dilakukan kamu sangat berat. Justeru, saya berharap dengan hukuman ini, kamu bertaubat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. – Kata Hakim, Abu Bakar Manat.

Pesalah yang tidak diwakil peguam kemudian mengaku bersalah dan menerima hukuman yang diberikan.

Mahkamah kemudian mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak dan sebatan pula dilakukan secara berasingan. Ini bermakna pesalah hanya perlu dipenjara selama 42 tahun dan hukuman sebatan kekal 234 kali.

Akan tetapi, melihat kepada Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah pula, ia hanya membenarkan hukuman sebatan maksimum 24 kali sahaja.

Kredit: Buletin TV3

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*