“Jadi Ada Kesinambungan…” Zoo Negara Cari Pasangan Betina Untuk Oyen

“Jadi Ada Kesinambungan…” Zoo Negara Cari Pasangan Betina Untuk Oyen

Siapa sahaja yang tidak mengenali binatang berbulus, Oren atau lebih dikenali Oyen yang sering berkeliaran dengan kapibara di Zoo Negara?

Disebabkan sering melepak di kawasan yang dikhususkan untuk kapibara, pihak Zoo Negara membuat keputusan untuk menjadikan Oyen sebagai ‘penduduk’ tetap di kandang itu.

Dahulunya, papan tanda di kandang itu hanya menyatakan “Capybara”, tetapi kini ia telah dinaik taraf sebagai “Capybara & Oyen”.

Papan tanda yang diletakkan sekali gus membuatkan Oyen lebih menonjol dan ramai pengunjung teruja untuk bertemu dengannya.

Dalam pada itu, Zoo Negara turut mengiktiraf Oyen sebagai ‘Star of the Zoo Negara’ selepas mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan kapibara sejak tiga tahun lepas.

Zoo Negara cari pasangan Oyen

Pun begitu, baru-baru ini Oyen dilaporkan sedang mencari seekor kucing betina yang mempunyai bulu sama dengannya untuk dijadikan pasangannya, memetik Bernama Tv.

Naib Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lan berkata tujuan pencarian pasangan itu dibuat supaya Oyen mempunyai keturunan pada masa hadapan.

“Kita sedang mencari kucing betina yang berwarna oren juga untuk jadikan pasangannya.

“Kira ada rezeki dapat lahir yang oren juga jadi ada kesinambungan sekiranya Oyen ini dah tiada nanti, ada lagi Oyen, anak kepada kucing itu,” katanya ketika ditemu bual Bernama Tv.

“Ramai datang dari luar negara, hanya nak tengok Oyen sahaja,” ujarnya.

Rosly berkata pihak zoo juga akan bertindak menjaga kebajikan kucing berkenaan termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.

“Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati. Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika satu hari nanti Oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya,” katanya.

Persahabatan dua haiwan berlainan spesies itu menjadi tarikan baharu Zoo Negara selepas video memaparkan Oyen yang merupakan kucing buangan, tidur dan memeluk capybara tular menerusi media sosial.

Sumber: BERNAMA/Youtube

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*