Adakan majlis secara tertutup, Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan?

Adakan majlis secara tertutup, Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan?

Penyanyi wanita, Nabila Razali dikatakan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pelumba kereta litar formula dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani beberapa hari lalu.

Sumber rapat maklumkan
Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada kenyataan sumber yang juga insan rapat pasangan terbabit, majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja di kediaman Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber.

Dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak sahaja
Merujuk kepada sumber yang merupakan ahli keluarga kepada individu yang berjaya mengetuk pintu hati penyanyi popular itu, majlis berlangsung antara keluarga sahaja dan diserikan dengan pelamin kecil serta hantaran dari kedua-dua belah pihak.

Walau bagaimanapun, tarikh mereka akan disatukan tidak pula dinyatakan namun dijangka pada tahun hadapan.

Terdahulu, khabar angin mendakwa bahawa Nabila dan seorang jejaka keluar bersama di Genting Highland apabila ada peminat terserempak dengan mereka.

Lelaki yang berjaya mencuri hati pelantun lagu Peluang kedua itu juga bukan calang-calang apabila merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang menguruskan empayar perniagaan keluarga.

Pemuda berusia 37 tahun itu juga terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008 dan menggemari sukan permotoran yang mana menjadikan hubungan mereka semakin dekat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun begitu, belum ada sebarang pengesahan daripada mulut penyanyi berkenaan dan juga pasangannya berkenaan kesahihan khabar angin tersebut.

Apa-apa pun semoga ada berita gembira dari Nabila Razali dan Nik Iruwan tentang hari bahagia mereka kepada para peminat.

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat) kredit foto Kosmo!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*