Hadiah hari lahir penuh bermakna, isteri hasilkan buku untuk Hafiz Mahamad

Hadiah hari lahir penuh bermakna, isteri hasilkan buku untuk Hafiz Mahamad

Nama pasangan usahawan, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial kerana sering membuat kejutan kepada orang disayangi.

Baru-baru ini, Aina telah melakukan kejutan dengan menghadiahkan suaminya sebuah buku istimewa yang dibuat sendiri sempena ulang tahun kelahiran ke-30.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Hafiz yang juga pengasas produk kecantikan itu kepada pengikut menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut Hafiz, buku bertajuk 3 Dekad itu mengandungi kisah kebaikannya kepada setiap individu yang ada bersama sebelum meraih kejayaan seperti dikecapi sekarang ini.

“Kau hadiahkan 1 buku yg didalamnya penuh dengan insan insan penting. Kau pusing satu Malaysia, hanya untuk mencari cerita aku dari mereka yang orang lain tak tahu.
“Merekalah orang yang abang kenal sebelum ada semua ni. Mereka lah yang ada ketika abang mencari masa depan.
“Abang tak pernah tahu apa kebaikan abang pada mereka. Bila abang baca setiap kata kata mereka dalam buku ni,” tulisnya di ruangan kapsyen
Apa yang menariknya, Aina sendiri berusaha bagi mencari dan menemui setiap seorang untuk menceritakan tentang jasa baik Hafiz kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut kagum dengan kesungguhan Aina memberikan kejutan sekali gus mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 29 tahun itu sekali lagi mengejutkan Hafiz dengan memasang papan iklan yang memaparkan wajah suaminya dan tulisan 3 Dekad Hafiz Mahamad di sebuah lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sebelum ini, Hafiz telah menyewa sebuah panggung wayang dan menghadiahkan pakej haji ketika ulang tahun kelahiran isterinya pada Jun lalu.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*