Kekasih kena ‘himpit’, Anju minta wanita lain berhenti berangan nak jadi datin

Kekasih kena ‘himpit’, Anju minta wanita lain berhenti berangan nak jadi datin

Hubungan percintaan antara selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey kembali menjadi sorotan apabila dilihat kembali keluar bersama.

Masing-masing juga dilihat terbuka dengan jodoh dan tidak menolak andai kembali menjalinkan hubungan serius susulan kenyataan Zarina atau biasa disapa Anju yang memang suka lelaki ‘berpoket tebal’.

“Stop minta duit dekat bf aku”
Menerusi hantaran terbaru pelakon sensansi berkenaan, Anju telah memuat naik gambar bersama Khazrul dengan kapsyen seperti menyindir wanita yang cuba mendekati teman istimewanya itu hanya disebabkan kekayaan.

“Pada perempuan-perempuan lain yang acah-acah tak nak lelaki kaya korang boleh kot stop nak minta duit dekat bf saya ye,” tulisnya.

Yang berangan nak jadi datin tu baik sedar diri
Dia juga seperti menujukan kapsyen dalam hantaran tersebut kepada wanita-wanita yang dikatakan berangan ingin menjadi seorang datin jika dapat bersuamikan teman lelakinya itu.

“Sebelum aku screenshot dan post satu-satu minah yang berangan nak jadi datin ni baik korang sedar diri dan stop nak menggatal dengan dia. Duit dia untuk aku sorang je. K bye,” kata Anju lagi.

Gaduh kecoh, getback kena la kecoh juga
Menjengah ke ruangan komen, sememangnya ramai yang memberikan maklum balas diatas posting yang dibuat selebriti berkenaan.

Walaupun ramai yang mengecam tindakan Anju untuk ‘get back’ dengan bekas tunangnya, namun masih ada yang sentiasa mendoakan agar selebriti berkenaan dan pasangan dipermudahkan urusan serta jodoh antara mereka berkekalan.

Untuk rekod, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey pernah bertunang sekitar Januari lalu sebelum dikhabarkan putus dua minggu selepas majlis.

Pelbagai pendedahan aib telah dikongsikan di media sosial oleh kedua-dua pihak melibatkan hal-hal peribadi sehingga membuatkan netizen terkejut dengan apa yang mereka kongsikan.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*