“Kenapa muka Adam…”- Budak 10 tahun melecur selepas tong cat penyewa lama meletup

“Kenapa muka Adam…”- Budak 10 tahun melecur selepas tong cat penyewa lama meletup

Baru-baru ini tular beberapa video di platform TikTok apabila seorang ibu berkongsi keadaan anak lelakinya, Mohammad Adam Naufal Abdullah, 10, yang diminta untuk hidup berdikari meskipun melecur di bahagian muka dan kedua-dua belah tangan.

Bagaimanapun, video tersebut ‘hilang’ dari platform berkenaan selepas menerima banyak kecaman dan kritikan terhadap kelakuan si ibu yang membiarkan si anak makan seorang diri tanpa disuap.

Kenapa muka Adam macam ni…
Akan tetapi, memetik laporan Harian Metro kanak-kanak berusia 10 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana melecur 16 peratus akibat disambar api dari tong cat yang meletup dalam timbunan sampah di Kampung Tengah, Kluang.

Apa yang memilukan apabila kanak-kanak itu meluahkan rasa sedih dan mempersoalkan mengenai perubahan mukanya yang kini berbalut.

“Kenapa muka Adam macam ni (pelik), tak macam dulu.
“Itu yang dia cakap pelik (muka berbalut). Tak tahu sampai bila akan duduk di wad sebab setiap hari jururawat akan cuci kesan melecur,”ujar si ibu.

Melecur 16 peratus akibat disambar api dari tong cat
Ibunya, Nurul Atikah Mohd Halim, 28, berkata, bahagian muka dan kepala anaknya ketika ini perlu dibalut bagi mengelakkan sebarang jangkitan lain akibat kecederaan yang dialaminya.

Ceritanya, pada hari kejadian dia membawa Adam mengemas rumah sewa baharu mereka dan meminta kanak-kanak itu membuang kotak untuk dibakar sebelum ia tiba-tiba meletup.

“Penyewa sebelumnya meninggalkan barang dan perabot lama, ketika saya meminta Adam membuang kotak untuk dibakar pada timbunan sampah di luar rumah, tiba-tiba saja ada benda meletup.
“Rupa-rupanya dalam itu ada tong cat. Memang tak jangka pun sebab saya tak selongkar timbunan sampah. Saya panik dan fikir jangan sapu guna krim atau ubat gigi.
“Masa itu Adam beritahu tangan pedih, saya segera basuh dengan air, rupa-rupanya bahagian muka dia pun teruk,” katanya.

Tambah Nurul Atikah, doktor sepatutnya mengambil kulit di bahagian pada dan tampal di bahagian yang melecur pada pagi Rabu lalu, namun hasil pemeriksaan mendapati kesan lecur tidak merosakkan kulit.

Disebabkan itu, mereka tidak meneruskan prosedur seperti mana telah dirancangkan sebelum ini.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*