Marissa Dania mengaku salah, minta usah libatkan ibu bapa -“Saya yang bertanggungjawab”

Marissa Dania mengaku salah, minta usah libatkan ibu bapa -“Saya yang bertanggungjawab”

Anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang hangat menjadi bualan sejak semalam selepas terpalit dengan kontroversi ‘menyondol’ suami orang akhirnya tampil memberi penjelasan.

Saya mengaku, saya bersalah
Menerusi kenyataan dimuat naik di platform remaja berusia 18 tahun akui kesilapannya dan mengaku bersalah mengenai perkara yang tular di media sosial sejak semalam.

Namun, tidak semua perkara tular tersebut adalah kebenaran dan dirinya tidak perlu menjelaskan semuanya kerana sedar tidak berupaya untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya mengaku, saya bersalah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar.
“Tapi saya di sini bukanlah mahu mempertahankan diri dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam sesetengah kenyataan berbangkit. Ia sama sekali tidak adil untuk kamu mendengar dari sebelah pihak disebabkan cerita yang diberitahu kerana bukan 100 peratus adalah benar.
“Tapi, saya tidak perlu untuk meyakinkan dan memuaskan hati semua pihak.
“Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,”tulisnya.

Ibu bapa tak bersalah dalam hal ini
Tegas Marissa, segala yang berlaku itu adalah atas perbuatannya sendiri dan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tanpa membabitkan ibu bapanya.

Anak kedua kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata, kedua-dua ibunya telah memberikan pendidikan yang terbaik.

Akan tetapi, segala yang berlaku itu adalah atas pilihannya sendiri dan bukanlah mereka.

“Pertama sekali, semuanya yang berlaku adalah atas tanggungjawab jawab saya sendiri. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik.
“Beri pendidikan secukupnya, menegur saya, melarang saya daripada melakukan itu ini dan semuanya yang berlaku adalah atas pilihan saya sendiri. Biar saya selesaikan masalah sendiri dan bukannya ibu bapa,”tegas Marissa.

Dah tiada kaitan dengan pihak sana
Tambah Marissa, dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan pihak yang menularkan isu tersebut selain mengatakan urusan peribadinya dan lelaki bernama Aslam hanya mereka berdua sahaja mengetahui.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ianya berakhir.
“Saya bersalah dan saya mengaku. Dan tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memaklumkan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak,”katanya.

Nafi rai kes penceraian Aslam dan Umisya
Dalam pada itu. Marissa turut menafikan dia dan Aslam tidak meraikan sebarang majlis berhubung hantaran tular mengatakan mereka berdua meraikan sesuatu selepas lelaki terbabit keluar dari mahkamah.

Sumber: Instagram @marissadania_

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook Arus Masa Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*